1:51 pm - Saturday November 25, 2017

TPM sedih & terkejut kebakaran pusat tahfiz

fire14_field_image_listing_featured.variant_0MO, 14/9/2017, SIBU – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kesal dengan kejadian yang meragut 24 nyawa termasuk 22 pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung, Kuala Lumpur, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak akan berkompromi dalam hal membabitkan nyawa dan beliau akan menyemak dengan pihak mana pusat tahfiz itu didaftarkan. Beliau akan mengadakan lawatan dalam masa terdekat untuk meneliti keadaan sebenar di maahad tahfiz berkenaan.

“Kita akan semak sama ada maahad tahfiz itu berdaftar dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan atau tidak, ataupun didaftarkan dengan Yayasan Pondok Malaysia atau Yayasan Pintar kerana yang pasti mereka tidak berdaftar dengan Kementerian Pendidikan. Kita sama sekali tidak akan berkompromi dalam soal yang membabitkan nyawa dan akan melihat sama ada piawaian yang ditetapkan, diikuti (oleh pengurusan maahad tahfiz) atau tidak,” katanya.

 

“Kita tahu bahawa pendirian Kerajaan Persekutuan ialah menghormati sebarang perkara yang termaktub dalam perlembagaan terutamanya soal agama Islam yang ditadbir mengikut kuasa undang undang tubuh kerajaan negeri,” katanya.┬áBeliau menegaskan sekolah berkenaan bukan hanya wajib didaftar tetapi mesti mempunyai pensijilan supaya menepati ciri-ciri keselamatan termasuk mewujudkan pasukan bomba sukarela.

Soal keselamatan itu beliau tetapkan di maahad tahfiz, sekolah agama rakyat, sekolah agama negeri serta sekolah bantuan kerajaan. Walaupun sekolah itu dikendalikan oleh pihak yayasan atau swasta ataupun individu, sebagai kerajaan yang prihatin, kita juga harus mengambil prihatin terhadap sekolah terbabit, katanya.

Katanya lagi, walaupun sekolah agama adalah aliran ketiga di dalam sistem pendidikan negara, pihak pengurusan perlu mengutamakan soal keselamatan pelajarnya. “Ini bukan kejadian kali pertama kerana hampir setiap dua atau tiga tahun pasti berlaku kebakaran seperti ini, selain keruntuhan struktur bangunan yang tidak mengikut spesifikasi keselamatan,” katanya.

Filed in: Agama, Nasional, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen