3:13 pm - Saturday December 16, 1775

UMNO paling berani lakukan transformasi politik

WhatsApp_Image_2017-12-07_at_10.40.08_AM.jpeg.transformed_0MO, 7/12/2017, KUALA LUMPUR – UMNO melakukan transformasi politik paling berani, demokratik dan tidak pernah dibuat sebelum ini dalam sejarah parti, tegas Datuk Seri Najib Razak.

Presiden UMNO berkata, sejak memimpin UMNO, Barisan Nasional (BN) bermula 26 Mac 2009 dan kemudiannya pada 3 April 2009 menjawat kedudukan Perdana Menteri pada 3 April 2009, pelbagai transformasi strategik di bawah lembayung Dasar Transformasi Nasional (DTN) yang digagaskan secara rasmi pada 2010.

Beliau berkata, tujuh pindaan perlembagaan dibuat pada Perhimpunan Agung Khas UMNO pada 2009 bagi membuka ruang pemilihan teraju parti dilaksanakan secara terbuka kepada lebih 150,000 ahli demi memastikan UMNO terus dinamik, inklusif dan relevan sepanjang masa.

“Berbanding DAP, sejak 50 tahun lalu yang hanya dikuasai oleh penasihat dan dinasti anak beranak.

“Jadinya, dimana demokrasi yang dimomok-momokkan? Ternyata sekadar pada nama saja, hatta dalam pemilihan semula CEC (Jawatankuasa Eksekutif Pusat) DAP, hanya 54 peratus sahaja hadir.

“Ini tidak masuk lagi cerita parti Bunga Raya atau istilah dulu-dulu Kembang Sepatu, yang diterajui bekas pucuk pimpinan UMNO dan seorang bekas negarawan. Muda kata, kalau nak menguruskan hal ehwal mesyuarat pun gagal, lagu mana nak uruskan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Presiden UMNO mengingatkan kepemimpinan parti Bunga Raya (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) (PPBM) supaya tidak menuding jari menyalahkan pihak lain terutama kerajaan jika sehingga Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) masalah yang dihadapi belum diselesaikan.

Beliau turut membidas kewujudan parti Bunga Raya yang tidak menampakkan sebarang nilai perjuangan parti itu.

“Katanya ingin berjuang untuk orang Melayu dan Islam tetapi berpakat dan sedang dijadikan perkakas oleh DAP yang terang-terang anti Melayu dan Islam sebagai tercatat dalam Perlembagaan DAP langsung tidak menyebut Islam sebagai agama persekutuan, bahkan matlamat mereka mahu menjadikan negara ini sekular sepenuhnya,” katanya.

Filed in: Nasional, Politik, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen