8:32 am - Monday July 24, 2017

USGS sahkan gempa Korea Utara bukan ujian nuklear:

oooooooore

MO,SEOUL,13/7/2017 – Satu gempa bumi bawah laut di luar pantai Korea Utara bukan disebabkan ujian nuklear, lapor media Korea Selatan. Menurut United States Geological Survey (USGS), gempa dengan magnitud 5.9 berlaku kira-kira 190 kilometer di selatan timur bandar ketiga terbesar negara penentang itu, Chongjin, pada awal pagi ini.

Korea Utara melancarkan lima ujian nuklear termasuk dua tahun lalu dan membuat satu perkembangan ketara dalam keupayaan peluru berpandunya di bawah pentadbiran Kim Jong Un yang mengambil alih kuasa pada 2011. Namun gempa itu, yang tidak mencetuskan amaran tsunami, bukan disebabkan ujian nuklear, lapor agensi berita Yonhap memetik pakar geologi, John Bellini sebagai berkata.

“Ia berlaku 500 kilometer di bawah dasar laut. Ia adalah gempa semula jadi,” kata Bellini kepada agensi berkenaan.

Ketegangan berlaku antara Pyongyang dan Amerika Syarikat memuncak awal bulan ini apabila Korea Utara menguji peluru berpandu balistik antara benua buat kali pertama, jelasnya satu permainan dalam konfrontasi dengan Washington berhubung program nuklear dan peluru berpandu. -AFP

Filed in: Luar Negara

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen