3:08 pm - Wednesday October 20, 1897

Van Langgar Pejalan Kaki Di London

fhkyu

Beberapa orang cedera di utara London pada awal Isnin, susulan laporan bahawa terdapat sebuah kenderaan yang telah merempuh pejalan kaki, menurut polis Britain.

Polis berkata, mereka dihubungi selepas jam 12.20 tengah malam waktu tempatan, berhubung laporan mengenai kemalangan yang terjadi di Seven Sisters Road, di kawasan Finsbury Park di bandar ini.

Menurut akhbar The Sun, sebuah van melanggar sekumpulan orang ramai berhampiran masjid Finsbury Park. Mereka difahamkanĀ baru saja meninggalkan masjid berkenaan.

The Guardian pula melaporkan, kejadian itu berlaku di pekarangan sebuah pusat kebajikan bagi orang Islam, Muslim Welfare House, yang juga menempatkan sebuah masjid. Masjid Finsbury Park terletak kira-kira 300 meter dari lokasi tersebut.

Pihak polis mengesahkan seorang suspek sudah ditahan.

Seorang saksi, Boubou Sougpu memberitahu kepada wartawan The Guardian: “Ia bukan satu kemalangan. Saya melihat semuanya. Mangsa cedera teruk. Pemandu van itu cuba melarikan diri namun orang ramai telah menangkapnya. Dia tidak berkata apa-apa.”

Seorang saksi lain memberitahu Sky News bahawa terdapat tiga orang dalam van berkenaan, namun dua orang lagi sempat melarikan diri. Pihak polis dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya.

Badan yang memantau hal ehwal orang Islam di Britain, Majlis Muslim Britain (MCB) menzahirkan rasa dukacita dengan kejadian berkenaan dan turut mengemas kini kejadian di akaun Twitter mereka.

Media tempatan melaporkan, berdasarkan kenyataan saksi, bahawa sekurang-kurangnya 10 orang yang kebanyakannya lelaki, cedera dilanggar di lokasi tersebut. Situasi kecederaan mereka bagaimanapun belum diketahui.

Kejadian di Finsbury Park itu terjadi selepas London masih lagi dalam fasa pulih selepas kejadian serangan pada Mac lalu yang telah diklasifikasikan sebagai serangan pengganas.

Filed in: Luar Negara, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen