3:03 pm - Wednesday August 22, 3657

Van terbabas rempuh rumah, 6 pelajar Tahfiz Al-Hashimi maut

41496381007_tahfizkraiMO, 2/6/2017, KUALA KRAI – Sebuah van yang membawa pelajar Tahfiz Al-Hashimi terbabas dan merempuh sebuah rumah di Kampung Telekong, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu.

Dalam insiden sekitar jam 9.40 pagi itu, enam mangsa dilaporkan maut sementara lapan lagi cedera. Bomba menerima panggilan kecemasan 9.45 pagi. Sebaik tiba di lokasi kejadian, sembilan mangsa sudah dikeluarkan orang awam sementara lima lagi tersepit di dalam kenderaan yang remuk. Difahamkan lima mangsa berusia 15 tahun hingga 17 tahun itu tersepit di dalam van dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah. Operasi bomba melibatkan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai dan Machang. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Krai.

Filed in: Kesihatan, Nasional, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen