8:33 am - Monday July 24, 2017

Vida mahu belajar menari

WhatsApp_Image_2017-07-11_at_5.34.17_PM.jpg.transformed

MO, 11/7/2017, PETALING JAYA – Usahawan selebriti, Datuk Seri Vida, bakal mengambil kelas tarian sebagai persiapan dirinya yang kini bergelar penyanyi. Vida, yang tampil dengan single sulung berjudul I Am Me ciptaan sepenuhnya Edry KRU berkata, beliau perlu belajar menari kerana lagu berkenaan berentak rancak dan kaya dengan ‘mood’ dansa.

 

Vida atau nama sebenarnya Dr Hasmiza Othman berkata, single sulungnya itu bakal diperkenalkan menerusi platform digital dan dilancarkan secara rasmi Jumaat ini. Ditanya mengenai kemungkinan dirinya bakal menjadi bahan kritikan bersama penerbitan lagu terbabit, beliau mengaku tidak kisah mengenai hal itu selain menganggapnya sebagai perkara biasa.
“Saya sentiasa berani mengambil risiko. Lagu ini sangat istimewa dan saya simpan ceritanya sejak dua tahun lalu. “I Am Me adalah kisah mengenai kepercayaan dan keyakinan diri. Kita kena hargai diri kita sendiri terlebih dulu, barulah orang akan menghormati kita,” katanya ketika ditemui pada sesi rakaman video muzik lagu terbabit di sini hari ini.
Vida juga yakin lagu terbabit mampu tular dan mencuri hati semua lapisan masyarakat dengan mesej yang ingin disampaikan. Katanya lagi, beliau menyimpan impian untuk melihat lagu berkenaan menawan dunia, seterusnya memperkenalkan lagi nama Malaysia pada peringkat antarabangsa.

Filed in: Hiburan, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen